Program TVET

Pembuatan Roti

Pembuatan Roti

Pengenalan

Bidang Penyediaan Pastri ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk pastri manisan dan pedas, kek, biskut, kuih muih dan hidangan pencuci mulut (sejuk dan panas) melalui pelbagai teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi serta tradisional.

Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam penyediaan bakeri. Bidang penyediaan roti ini akan memberi penekanan kepada kemahiran dalam menyediakan pelbagai produk roti, bakeri dan konfeksionari seperti piza, muffin dan produk menggunakan yis melalui teknik dan kaedah moden menggunakan mesin dan peralatan berteknologi mengikut prosedur yang ditetapkan bagi menjamin hasil produk yang berkualiti, menarik dan bersih selaras dengan kehendak industri.

 

Kod Bidang Nama Bidang Tempoh Pengajian
HT-013-4:2012 Pengurusan Pastri & Roti 12 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
HT-013-3:2011 Pembuatan Roti 12 Bulan
HT-013-2:2011 Pembuatan Roti 6 Bulan

 

Syarat Kemasukan

  1. Berumur 16 hingga 35 tahun.
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  3.  Tidak rabun warna

 

Peluang Kerjaya

  • Bekerja sebagai Chef di Hotel 4/5 bintang / Resort
  • Membuka restoran sendiri
  • Perniagaan Katering
  • Perunding Operasi Dapur Hotel / Hypermarket / Resort
  • Melibatkan diri dalam perniagaan makanan beku
  • Pensyarah di Pusat Latihan
  • Chef Selebriti
  • Kitchen krew katering pengangkutan seperti kapal persiaran, kapal terbang, dan keretapi.